Penomboran Asas Jepun Angka Jepun

Terdapat dua kaedah untuk menulis nombor di dalam bahasa Jepun, samada di dalam angka Arab (1,2,3) atau di dalam angka Cina ( 一, 二, 三). Angka Arab digunakan dalam penulisan melintang, manakala angka Cina digunakan dalam penulisan menegak.

(Beberapa nombor mempunyai lebih dari satu nama)

NomborKarakterPembacaan pilihanPembacaan OnPembacaan Kun
0 / 〇*zerorei / れいzero / ぜろ
1ichiichi / いちhito(tsu) / ひと・つ
2nini, ji / に, じfuta(tsu) / ふた・つ
3sansan / さんmi(ttsu) / み・っつ
4yonshi / しyon, yo(ttsu) / よん、よ・っつ
5gogo / ごitsu(tsu) / いつ・つ
6rokuroku / ろくmu(ttsu) / む・っつ
7nanashichi / しちnana(tsu) / なな・つ
8hachihachi / はちya(ttsu) / や・っつ
9kyūkyū, ku / きゅう, くkokono(tsu) / ここの・つ
10jū / じゅうtō / とお
20二十ni-jūni-jū / にじゅうhata(chi) / はた・ち
30三十san-jūsan-jū / さんじゅうmiso / みそ
100hyakuhyaku / ひゃく(momo / もも)
1,000sensen / せん(chi / ち)
10,000manman / まん(yorozu / よろず)
100,000,000okuoku / おく-
1,000,000,000,000chōchō / ちょう-


Pembacaan khusus maru (bermaksud "bulat") juga wujud. Ia hanya digunakan apabila membaca satu persatu setiap digit di dalam satu nombor, daripada membacanya secara keseluruhan. Contoh terkenal ialah "Kedai 109" di Shibuya, Tokyo yang dibaca sebagai ichi-maru-kyū (ia boleh juga dibaca sebagai 'sepuluh-sembilan' - tō-kyū - yang merupakan pan bagi nama gedung Tokyu yang memiliki bangunan tersebut.). Penggunaan maru untuk angka 0 adalah sama dengan pembacaan angka 0 dalam bahasa Inggeris yang diganti dengan perkataan oh. Bagaimanapun, sebagai satu nombor, ia hanya ditulis sebagai 0 atau rei (零).

Nombor 4 dan 9 dianggap sebagai membawa sial dalam budaya Jepun: 4, yang disebut shi adalah kata sebunyi untuk kematian (死); sementara 9 yang disebut ku adalah kata sebunyi untuk penderitaan (苦). Nombor 13 juga kadangkala dianggap sial, dipercayai dipengaruhi oleh tradisi barat.

Dalam bahasa Jepun moden, digit-digit diberi pembacaan on kecuali 4 dan 7, yang dipanggil yon dan nana. Pembacaan lain digunakan dalam nama-nama bulan, nama hari dalam bulan, frasa tetap. Contohnya, nombor perpuluhan 4.79 selalu dibaca yon-ten nana kyū sementara April, Julai dan September dibaca sebagai shi-gatsu (bulan ke-4), shichi-gatsu (bulan ke-7), dan ku-gatsu (bulan ke-7). Nombor pertengahan dibentuk dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut:

  • Puluh dari 20 hingga 90 ialah "(digit)-jū".
  • Ratus dari 200 hingga 900 ialah "(digit)-hyaku".
  • Ribu dari 2000 hingga 9000 ialah "(digit)-sen".
  • Selain itu, puluh dari 30 hingga 90 di dalam pembacaan kun dibentuk dengan "(digit)-so", dimana digit tersebut juga dalam pembacaan kun: miso (30), yoso (40), iso (50), muso (60), nanaso (70), yaso (80), kokonoso (90). Antara variasi lain ialah i untuk 50 dan akhiran -ji untuk 20 hingga 90. Bagaimanapun, sebahagian besar variasi ini tidak digunakan dalam bahasa Jepun moden.

Terdapat beberapa pengubahsuaian fonetik untuk nombor yang lebih besar melibatkan penyuaraan dan pemanjangan beberapa konsonan seperti roku "enam" dan hyaku "ratus" menghasilkan roppyaku "enam ratus".

Dalam nombor lebih besar, elemen-elemen digabungkan dari yang terbesar hingga yang terkecil, dan sebutan sifar disembunyikan.

NomborKarakterPembacaan
11十一jū ichi
17十七jū nana, jū shichi
151百五十一hyaku go-jū ichi
302三百二san-byaku ni*
469四百六十九yon-hyaku roku-jū kyū
2025二千二十五ni-sen ni-jū go

* Hyaku menjadi byaku kerana rendaku.

Rujukan

WikiPedia: Angka Jepun http://www.learnjapanesewordsandphrases.com/learnj... http://www.moroo.com/uzokusou/misc/suumei/suumei.h... http://www.solosequenosenada.com/gramatica/japanes... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S22/S22F0050100009... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S26/S26F0340100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S39/S39F0320100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/T11/T11F0340100004... http://www.sf.airnet.ne.jp/~ts/language/number/anc... http://www.sljfaq.org/cgi/kanjinumbers.cgi http://www.sljfaq.org/cgi/numbers.cgi